hari ni... balik UKM...
AGAK FED UP SIKIT WAKTU NAK CHECK IN, supposed to be bilik lame, bilik sem lepas.. tapi ade org lain lak da masuk bilik tu... seb baik la dapat bilik lain, bilik ngan member a.k.a senior, senang la pape hal...
huhu... kerinduan pade seseorang... nanti susah nak jumpe da pasni... huhuhu... xde idea la nak update ape arini...
da lame x update blog... such a nice day today
Saturday, December 18, 2010
Tuesday, November 2, 2010
sebuah kisah cinta yang sangat sweet (",)
"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,” Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?
Dia menghela nafas panjang.
Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.
Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.
“Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,”sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.
“Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,” masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.
Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.
“Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,”Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh! hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.
“Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?” pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.
Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.
“Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang,” terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.
“Kak Aliyah yang minta,” masih lembut dia memujuk Qis.
“Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis? Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!” terkejut Asraf Mukmin.
“Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham.”
Qistina mengalih pandangannya.
Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina. Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.
Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.
Tit tit… sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.
“Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang.”
Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.
Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang…
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna coklat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.
1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang…
2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang…
3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung…hmmm.. Aliyah sayangkan Abang…
Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.
Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, sebelum terlupa, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang… Aliyah sayangkan Abg…
Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah… Aliyah sayangkan Abang…
Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abangg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai…air tangan Aliyah.
Salam sayang,Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.
Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!
misteri bola pingpong
Amer berumur 15 adalah seorang anak yang pendiam. Dia sungguh misteri. Bapanya seorang pesara tentera, kini memulakan perniagaan kecil-kecilan, manakala ibunya telah pun meninggal dunia sejak dia berumur 8 tahun. Tinggal lah Amer dan bapanya berdua. Bapanya seorang yang amat tegas dan mengharapkan Amer berjaya didalam pelajaran.
Setelah bertungkus lumus belajar akhirnya Amer mendapat kesemua A dalam setiap mata pelajarannya ketika menduduki peperiksaan SPM.
Suatu petang bapanya memanggil Amer. "Bapak bangga dengan pencapaian engkau, Amer, apa kau nak sebagai hadiah kerana cemerlang didalam PMR? Basikal?"
Amer hanya membalas "Saya hanya nakkan 2 biji bola ping pong aje bapak."
Bapaknya hairan. Tapi dia tetap menunaikan hajat anaknya. Dia lantas membelikan anaknya 2 biji bola pingpong.
Masa kian berlalu, kini Amer mendapat kejayaan didalam SPM, dia mendapat 10A dan diterima dijurusan kejuruteraan mekanikal disebuah university terkemuka di Malaysia. Bapanya bangga dan bertanyakan apakah hadiah yang Amer mahukan. Amer masih tetap mahukan 2 biji ping pong. Bapanya bertambah hairan, namun dia tetap membelikan Amer 2 biji bola ping pong.
Semasa di university, Amer terus berjaya dan berjaya dan dia telah mendapat award sebagai pelajar terbaik di Universitinya. Kejayaan demi kejayaan yang diterimanya dia masih tetap mahukan 2 biji bola pingpong dari bapanya.
Bapanya terfikir yang dia mempunyai anak yang kurang centre, tetapi masih berbangga.
Akhirnya dia telah diterima bekerja di salah sebuah syarikat engineering yang terbesar di Malaysia yang bertaraf international. Bapa Amer makin gembira lantas dia masih bertanyakan apa yang Amer hendak. Amer masih tetap mahukan bola ping pong.
"Kau ni, asik2 bola pingpong! Sudah!! Perniagaan bapak makin maju dan bapak adiahkan kau sebuah Kereta Mercedes SLK Compressor"
Namun, Amer tetap gembira dengan pemberian bapanya tanpa banyak soal.
Pada hari dia mendapat kereta tersebut, dia keluar untuk men'test' keretanya. Namun, apalah malang Amer, dia mendapat kemalangan yang teruk di Highway KM 1.24 dan dimasukkan ke ICU.
Bapa Amer amat terperanjat dengan kemalangan tersebut.
Semasa di ICU, bapanya menjaga Amer dengan penuh kasih sayang. Tetapi nampaknya Amer tadak harapan nak sembuh, lalu Amer mengeluarkan kesemua bola ping pongnya dan menyerahkan pada bapanya.
"Bapak... ameklah bola ping pong yang saya simpan ni...." kata Amer kesakitan.
"Amer, selama ni ko asik mintak bola ping pong aje, ape ke paedahnya" kata bapaknya
"Sebenarnya ada misteri disebalik bola ping pong ini..." kata Amer
"Apa dia" tanya bapa Amer
Tetapi belum sempat Amer memberitahu meisterinya, Amer menghembuskan nafasnya yang terakhir...
Bapa Amer menjadi separuh gila mengenangkan misteri anaknya.
Apakah misteriya? Anda nak tau????
ianya tetap misteri kerana tajuk cerita ini adalah Misteri Bola Ping Pong dan akan menjadi misteri selamanya.
KAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHAKAH!!!!!!!
Monday, November 1, 2010
1st november 2010
hari ni de exam kimia analisis asas kat DG, hampeh x ley jawab betul2.. kerana demam yg begitu teruk...
sgt2 teruk demamnye... tdo je time exam, coz x larat... in the end, da x mampu berfikir... ya allah, besar tul dugaan... hurm... balik bilik sambung tdo sampai malam, huhu...
hari ni gak agak sedey kerena kawan neem block neem from facebook die dan juga from chesscube... xpe la, org x sudi kawan ngan neem...
hari ni gak neem dapat taw dari kawan ex-bf neem, die da balik malaysia n ade kat kdsi skrg... wow... die x gtaw neem pon?? sedey2...
hot story arini is, ade la sorg kawan neem ni, name die... dirahsiakan, awek die jeles bebenor neem ngan die ni... adei, neem x bodo la... neem ni single k?? n x kan la neem nak ngurat pakwe org... adui... sampai die ley g wat kat wall pakwe die hanye diri dia n adik beradik pakwe die je dibenarkan post... adui, camni mmg neem x kawan da ngan pakwe die... so pade sape2 yg da ade awek tu, maaf la, neem x kawan korg da...
ape la nk jeles sgt neem rapat ngan bf die... neem ni ape la sgt ade, rupe x lawa, awek die lagi cun, neem lak x kaye, pandai pon idak... adui... pening2... da la demam... baik sambung tdo lagi...
sgt2 teruk demamnye... tdo je time exam, coz x larat... in the end, da x mampu berfikir... ya allah, besar tul dugaan... hurm... balik bilik sambung tdo sampai malam, huhu...
hari ni gak agak sedey kerena kawan neem block neem from facebook die dan juga from chesscube... xpe la, org x sudi kawan ngan neem...
hari ni gak neem dapat taw dari kawan ex-bf neem, die da balik malaysia n ade kat kdsi skrg... wow... die x gtaw neem pon?? sedey2...
hot story arini is, ade la sorg kawan neem ni, name die... dirahsiakan, awek die jeles bebenor neem ngan die ni... adei, neem x bodo la... neem ni single k?? n x kan la neem nak ngurat pakwe org... adui... sampai die ley g wat kat wall pakwe die hanye diri dia n adik beradik pakwe die je dibenarkan post... adui, camni mmg neem x kawan da ngan pakwe die... so pade sape2 yg da ade awek tu, maaf la, neem x kawan korg da...
ape la nk jeles sgt neem rapat ngan bf die... neem ni ape la sgt ade, rupe x lawa, awek die lagi cun, neem lak x kaye, pandai pon idak... adui... pening2... da la demam... baik sambung tdo lagi...
Saturday, October 30, 2010
bowling fun!!!!
harini neem g kuar main bowling kat midvalley tadi... bersama my bestfriend richee :)
thanx richee temankan neem ye arini...
main 3 game bowling, last game tu neem belanje richee, coz neem yg beriye pakse die kuar temankan neem release tension ini hari...
keputusan nye, neem menang 2-1 , last game da pancit la, neem kalah... walopon neem ade 2 strike game last neem tetap kalah ngan richee tadi coz neem asyik baling ke longkang, bola asyik terlepas je, tangan suda leteh la kot... huhuhu...
ingat nak tgk movie, but sgt ramai org n queue sgt panjang... huhu, such a tiring but fun day, so need to get some rest now then study for exam hubungan etnik esok... wish me luck ye :)
thanx richee temankan neem ye arini...
main 3 game bowling, last game tu neem belanje richee, coz neem yg beriye pakse die kuar temankan neem release tension ini hari...
keputusan nye, neem menang 2-1 , last game da pancit la, neem kalah... walopon neem ade 2 strike game last neem tetap kalah ngan richee tadi coz neem asyik baling ke longkang, bola asyik terlepas je, tangan suda leteh la kot... huhuhu...
ingat nak tgk movie, but sgt ramai org n queue sgt panjang... huhu, such a tiring but fun day, so need to get some rest now then study for exam hubungan etnik esok... wish me luck ye :)
Friday, October 29, 2010
kelawar & paypal~!!
salam, huhu, arini neem nye akaun da berjaya di verify :)
dan da berjaya wat transaksi pertama paypal arini... huhu, best2... macam maybank2u je... lebey senang lagi sebenananye...
arini sakit kepala... sebab? gado ngan kawan, cam budak2 je neem ni... nanges... haha. problem solved kot....
arini gak ade kelawar masuk bilik neem... kak diha da balik, exam die da abes... neem lak tdo la dalam kul 8 lebey tadi, penangan sakit kepala, tetibe terbangun de benda lembik kat kaki... bile bukak mate tgk ade kelawar!!! terus melompat dari katil, try halau kelawar tu, abes la tunggang langgang barang dalam bilik, bile x berjaya halau kelawar, neem pon bukak pintu bilik n jerit mintak tolong pade housemate yg lain, faz, dan lain2...
kami pon terjerit2 terlompat2 la kerna kelawar yg seekor itu,... hahaha... akhirnya pada jam lebey kurang 9.55 malam kelawar berjaya dihalau keluar... fuuuhh~~ ngeri dan geli... itu saje arini... haha
dan da berjaya wat transaksi pertama paypal arini... huhu, best2... macam maybank2u je... lebey senang lagi sebenananye...
arini sakit kepala... sebab? gado ngan kawan, cam budak2 je neem ni... nanges... haha. problem solved kot....
arini gak ade kelawar masuk bilik neem... kak diha da balik, exam die da abes... neem lak tdo la dalam kul 8 lebey tadi, penangan sakit kepala, tetibe terbangun de benda lembik kat kaki... bile bukak mate tgk ade kelawar!!! terus melompat dari katil, try halau kelawar tu, abes la tunggang langgang barang dalam bilik, bile x berjaya halau kelawar, neem pon bukak pintu bilik n jerit mintak tolong pade housemate yg lain, faz, dan lain2...
kami pon terjerit2 terlompat2 la kerna kelawar yg seekor itu,... hahaha... akhirnya pada jam lebey kurang 9.55 malam kelawar berjaya dihalau keluar... fuuuhh~~ ngeri dan geli... itu saje arini... haha
Thursday, October 28, 2010
teknik maths hancur!!!
harini exam teknik maths kat dtams, hurm, hancus...
byk soklan pasal limits (had) fail neem... terpakse la repeat next year subjek ni... kalo de rezeki la... hurm
sedey2... tinggal 3 paper lagi skrg...
hubungan etnik ahad ni
pastu isnin de kimia analisis asa (what the heck?)
n 11 nov last paper ( kimia fizik 1)
hope score la sume paper2 tu...
maybe neem nye reulst sem ni drop sgt2... coz byk busy ngan pesta konvo nye hal... xpe next year x join da
nak focus on studies 100%, plus chess kalo de rezki main masum (insya-allah)
byk soklan pasal limits (had) fail neem... terpakse la repeat next year subjek ni... kalo de rezeki la... hurm
sedey2... tinggal 3 paper lagi skrg...
hubungan etnik ahad ni
pastu isnin de kimia analisis asa (what the heck?)
n 11 nov last paper ( kimia fizik 1)
hope score la sume paper2 tu...
maybe neem nye reulst sem ni drop sgt2... coz byk busy ngan pesta konvo nye hal... xpe next year x join da
nak focus on studies 100%, plus chess kalo de rezki main masum (insya-allah)
Wednesday, October 27, 2010
28th october 2010
salam, arini pada pukul 12.00pm neem akan ade exam teknik maths kat DTAMS, hurm, x confident sgt2...
maths ni da ar susah, senang agi maths matrik dan add maths dulu daripada teknik maths ni... harap2 lulus je la...
kawan2 neem ramai yg fail, n repeat subjek ni, hurm, kalo neem fail, next year la neem repeat subjek ni...
ok la, nak tdo dulu, t neem update agi salam...
maths ni da ar susah, senang agi maths matrik dan add maths dulu daripada teknik maths ni... harap2 lulus je la...
kawan2 neem ramai yg fail, n repeat subjek ni, hurm, kalo neem fail, next year la neem repeat subjek ni...
ok la, nak tdo dulu, t neem update agi salam...
Tuesday, October 26, 2010
sorry is all i said...
arini, terasa amat2 down... coz what? ntah la, tension x bertempat, neem de wat salah kat org, huhu, padan muke neem kan? bagus juga org tu remove neem from facebook die... neem peduli ape kan? ade neem kesah? bagus2... kepada kawn yg lagi sorg lak, tah la, no comment, takut lak nak ckp... sorry je la... neem kat UKM ni, penat arini, tadi g wat kad matrik, kene bayar RM15 juz to change to new one?? neem bukan tuka saje2 kot, neem tuka sebab neem da tuka fakulti baru kan?? b4 ni neem FTSM, now FST... itupon nak kene bayor ke?? pelik la...xpe la... hurm, cuak2... rase mmg x bley perform da sem ni... all da best pada kawan2 ku sume ye... huhu, semalam neem da naikkan rating chess ke 1908, arini drop kan la, ramai yg x caye... weee~ xpe la, satu kejayaan buat neem
Sunday, October 24, 2010
such a boring sunday~
assalamualaikum,
neem dalam dilemma skrg... dilema pe??
ok ar, neem x taw nak merepek meraban pe lagi, neem x bape suke makan kerepek pon... nukilan arini mmg membosankan, thanx ar for reading, n thanx for comments(if de) thanx for kritikan...
k ar,
chow~
assalamualaikum
arini, tolong mama di putrajaya, sales kurang sgt2... org pon x ramai, even though penat, but fun la, coz jumpe ramai rakan2 niage kat sane... then arini main chess lak not so lucky... asyik kalah coz lag, down~ geram, kalo kalah sebab kene checkmate, ley ar terima, maybe coz i'm stupid in chess, but ni kalah coz lag, x ley terima la... maybe coz ujan ni kot... so streamyx pon weng la... da la bengang n down sal ni... pastu ade lak sorg mamat yg gile kuase wat neem bengang, sape mamat tu?? ntah la ye... sape makan cili die ar terase pedasnye kan?? bajet bagus sgt ke?? lantak ko ar.. malas nak jage bahase ni da... ei budak, kire bagus ar neem tolong ko sikit tadi kan... taw ar ko tu MODERATOR, at least appreciate la org tolong ringankan sikit tugas ko... ni nak sound2 lak, cam ar neem x penah jadi mod, agaknye newbies kot die ni... da lame geram kat dak tu, lantak die ar ngan diri die yg bajet bagus tu, thanx to intan_dayana coz tenangkan neem tadi... haha, ko la kawan tempat aku luah perasaan n tension aku ek... hehe, da ar, malas nak cte sal mamat tu, lantak ko la nak cakap pe wahai budak... esok nak balik UKM, sure line lagi teruk... so malas sgt on9 main chess, study tuk exam, next week je exam, but cam xde semangat nak study... why xde semangat?? sebab.... ade ar... hurm, lame gak x update blog, nak update ari2 la.... saje suke2 luah perasaan kat sini kan...
neem dalam dilemma skrg... dilema pe??
1- ade ar, prob peribadi
2- health, hurm, jap ok , jap x ok
3- ade org ni, wat neem serba salah, x taw ar cemane nak ckp, kawan je da ar eh, x nak over2, malas :)
4- sebab pe lagi ek?? neem de plan sumting, but tah ar, cam takut nak laksanakan sumting tu...
ok ar, neem x taw nak merepek meraban pe lagi, neem x bape suke makan kerepek pon... nukilan arini mmg membosankan, thanx ar for reading, n thanx for comments(if de) thanx for kritikan...
k ar,
chow~
assalamualaikum
Saturday, October 23, 2010
pesanan buat kekasih (",)
"Sewaktu kau melangkah
Meninggalkan diriku
Sebaknya rasa di dalam dadaku
Menahan titis air mata
Ingin aku berpesan
Kepadamu kekasih
Sekiranya engkau merinduiku
Hubungilah aku di sini
Jika ada kesilapanku
Maafkanlah diriku oh sayang
Dan izinkan aku bertanya
Mengapa kau berubah hati
Kiranya kau ada penggantiku
Tetapi hidupmu tak bahagia
Relaku memaafkanmu
Dan menerimamu sayang
Walaupun hatiku kau lukai
Namunku masih menyayangi
Kerana sehingga waktu ini
Cintaku masih untukmu
Oh sayang di mana kau berada
Janganlah kau lupakan aku
Ingatlah aku walau sesaat
Seorang insan yang terluka"
Lagu ni neem tujukan khas buat seseorang yg jauh dimata tapi dekat di hati neem, me masih ingat pada u, n masih same cam u kenal me dulu, it's been 3 years rite? hope u do well in your studies there keyh? do pray for my success ya?
neem suke dgr lagu ni, sebab die sedap, mmg neem jrg dgr lagu malay, tapi ade kawan neem dedicate lagu ni wat neem, thanx to e-zu excellent coz dedicate diz song to me, haha, lepas neem cte sal neem n someone pade die, die kate lagu ni sesuai for neem, yeah, it suits me now... tu je nak update arini, not much... thanx for reading (",)
Meninggalkan diriku
Sebaknya rasa di dalam dadaku
Menahan titis air mata
Ingin aku berpesan
Kepadamu kekasih
Sekiranya engkau merinduiku
Hubungilah aku di sini
Jika ada kesilapanku
Maafkanlah diriku oh sayang
Dan izinkan aku bertanya
Mengapa kau berubah hati
Kiranya kau ada penggantiku
Tetapi hidupmu tak bahagia
Relaku memaafkanmu
Dan menerimamu sayang
Walaupun hatiku kau lukai
Namunku masih menyayangi
Kerana sehingga waktu ini
Cintaku masih untukmu
Oh sayang di mana kau berada
Janganlah kau lupakan aku
Ingatlah aku walau sesaat
Seorang insan yang terluka"
Lagu ni neem tujukan khas buat seseorang yg jauh dimata tapi dekat di hati neem, me masih ingat pada u, n masih same cam u kenal me dulu, it's been 3 years rite? hope u do well in your studies there keyh? do pray for my success ya?
neem suke dgr lagu ni, sebab die sedap, mmg neem jrg dgr lagu malay, tapi ade kawan neem dedicate lagu ni wat neem, thanx to e-zu excellent coz dedicate diz song to me, haha, lepas neem cte sal neem n someone pade die, die kate lagu ni sesuai for neem, yeah, it suits me now... tu je nak update arini, not much... thanx for reading (",)
Friday, October 22, 2010
how to love, should read this for all my friends :)
* Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkansesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagalkerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.
* Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa danbiarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untukmenjadi seseorang yang lain.
* Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta,dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.
* Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.
* Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya didunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.
* Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita jugamahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.
* Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalahhari yang terakhir untuk anda berdua.
* BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya diaakan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
* Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.
* Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlahsatu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehisetelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah,dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.
Thursday, October 21, 2010
restoran2 dapat kelulusan halal jakim, n ade yg diitarik balik, so bace ni
Tolong sebarluaskan kepada rakan-rakan Muslim yang lain sebab ini urusan agama kita. Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-
1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) McDonald
2) A&W
3) Secret Recipe
Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
1) Victoria Station
2) Kam Lun Ta
3) Lotus Family Restoran
Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) San Francisco Steakhouse
2) Chicken Rice Shop
3) Kiwi Express
Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .
Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIMkecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.
2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .
3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada :
i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja.
ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.
iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.
iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan.
v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami.
Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .
4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.
5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.
6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiadapapan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini. Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.
7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( JabatanAgama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM , Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM , manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.
8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .
9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.
10. Pernyataan mencampurkan minyak VAVI untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.
11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.
kalo rase nak wat maksiat, meh bace ni dulu ye kawan
Semua individu pasti akan terlintas untuk melakukan maksiat dan dosa, khususnya yang melibatkan dorongan seksual. Lantaran itu hasil kerja professional Syaitan dan itu juga ajakan nafsu kebinatangan yang ada di dalam diri kita. Setiap kali terfikir maksiat terbabit pasakkan dalam hati dan minda akibat buruk yang menunggu akibat darinya sepert
______________________________________________
Jika Terfikir Lakukan Maksiat...
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
Semua individu pasti akan terlintas untuk melakukan maksiat dan dosa, khususnya yang melibatkan dorongan seksual. Lantaran itu hasil kerja professional Syaitan dan itu juga ajakan nafsu kebinatangan yang ada di dalam diri kita. Setiap kali terfikir maksiat terbabit pasakkan dalam hati dan minda akibat buruk yang menunggu akibat darinya seperti :
- azab api neraka,
- azab kubur,
- mati buruk (suul khatimah) dalam kemaksiatan
- kejauhan dari rahmat Allah swt serta
- tiada peruntukan Syafaat baginda nabi s.a.w
- dan lain-lainnya.
Memang benar, implikasi buruk ini semuanya berupa hal-hal ghaib, namun bukan itu sahaja, terdapat banyak pula implikasi buruk di dunia yang mesti disenaraikan di dalam minda dan hati seperti:-
- penceraian akan berlaku akibatnya,
- pasangan zina mengandung,
- bunuh anak luar nikah akhirnya mungkin berlaku akibat malu,
- mungkin penceraian akan berlaku akibat darinya,
- apa akan jadi kepada anak-anak ?,
- kejian masyarakat,
- ditangkap basah dan diumum di media,
- adik beradik mengeji,
- akan dijangkiti HIV dan seterusnya AIDS & mati,
- dibuang kerja kerana imej buruk kepada syarikat,
- mati ketika zina dan khalwat dilakukan,
- dan banyak lagi boleh disenaraikan.
Pasakkan semua implikasi negatif berbentuk spiritual (ghaib) dan fizikal ini di dalam minda setiap kali nafsu syahwat itu ingin dituruti atau mempengaruhi, harapannya ia nyalaannya akan mengecil.
KAWALAN
Panduan Kawalah nafsu syahwat secara ringkas dan padat (tidak mengikut aturan tertib) :-
- Fikirkan target kehidupan dan usahalah melaksanakannya, pinggirkan pemikiran berkenaan seks dan syahwat, sedaya mungkin. Sibukkan diri mencapai target tersebut.
- Datangkan keyakinan Allah maha melihat apa yang dilakukan di ketika ramai dan sendirian ,Allah swt sedang melihat apa yang sedang kita lakukan.
- Sedarkan diri malaikat turut sentiasa bersama kita mencatat apa yang ditulis, diucap dan dilakukan.
- Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang baik dan soleh.
- Putuskan hubungan ‘songsang' dan ‘gelap' sama ada yang dibuat secara suka-suka atau serius, yang diperolehi melalui internet atau fizikal, melalui laman chat, email, web dan sebagainya. Putuskan semua medium yang boleh mendorong kepada peningkatan syahwat. Jika berseorangan di hadapan komputer itu boleh menyebabkan pemikiran syahwat naik, maka elakkan diri berseroangan di hadapan komputer. Jika berbual mesra dan makan tengahari bersama dengan rakan sekerja lain jantina itu puncanya, elakkan diri darinya dan makan sendirian bersama yang sama jantina sahaja. Begitulah seterusnya.
- Putuskan hubungan adik, kakak dan abang angkat berlainan jantina kerana ia tidak lain kecuali haram dan pendorong maksiat.
- Ubah rutin kehidupan yang mendorong kepada peningkatan syahwat, semua orang tahu dan sedar apa jenis tindakan yang boleh mendorong syahwatnya, ia mungkin tidak sama antara satu sama lain.
- Hadiri majlis ilmu dan sibukkan diri membuat target baru seperti membuat blog dan update, menulis buku dan majalah, menghasilkan karya seni lukisan dan sebagainya. Buat satu target lain dalam hidup yang boleh menyibukkan diri anda untuk mencapainya. Tanpa target dalam kehidupan, keinginan syahwat akan membiak dan berkembang akibat waktu kosong.
- Sertai kumpulan bersifat keagamaan yang boleh membawa kepada ingatan kepada Allah, tapi awas elakkan kumpulan songsang dan ajaran sesat.
- Sertai kumpulan NGO atau kumpulan berasaskan dakwah dan kegamaan, dengannya membuka ruang mendapat rakan dan sahabat yang baik, selain itu masa kosong dan pemikiran syahwat akan dapat dibendung hasil kesibukan menganjur program dalam kumpulan terbabit. Sekarng, mulakan usaha mencari kumpulan-kumpulan sebegini, sebagai contoh JIM, TABLIGH, ABIM, GAMIS, Persatuan Peguam Syarie, Persatuan Pengguna Islam, Yayasan AMAL, NISA , KARISMA dan sebagainya. Diharapkan dengannya waktu akan lebih terisi dengan program yang baik.
- Kalau anda sedang bekerja atau belajar, target untuk cemerlang dalam pelajaran dan kerja anda, dengan itu anda akan lebih sibuk dari biasa dan pemikiran akan lebih terarah kepada tujuan yang digariskan, dengan itu, pemikiran kepada syahwat akan mula menurun atau ruangannya disempitkan
- Ziarahi kubur secara kerap agar syahwat menjadi tawar akibat pemikiran kepada kematian.
- Fikirkan bahawa anda akan mati ketika sedang melakukan maksiat itu, adakah redha untuk menerima kematian dalam situasi itu?. Fikirkan selalu.
- Kalau sedang anda bersyahwat kepada seorang wanita sama ada di kaca internet, tv atau fizikal, segeralah berfikir tentang yang hodoh tentangnya agar syahwat menjadi menurun, seperti fikirkan mulut dan nafasnya berbau busuk, giginya kotor, muntahnya busuk, ada penyakit keputihan dan lendir, najis tidak dibasuh bersih, ada AIDS dan banyak lagi. Lawan nafsu yang sedang meningkat dengan mereka cipta perkara yang bertentangan dengan keseronokan nafsu. Ini diperlukan jika pemikiran terhadap alam ghaib dan akibat buruk gagal membendung perasaan.
- Kalau komputer dan internet kerap menjadi asbab peningkatan syahwat, perdengarkan bacaan Al-Quran setiap kali di hadapan komputer, InshaAllah dengannya rasa malu akan timbul, kalau tidak banyak, sedikit. Kalau syahwat masih menggila di hadapan komputer itu, segera berhenti dan keluarlah dari bilik dan melihat awan, langit, pokok dan laut dan ingtakan kebesaran Allah.
- Jangan sesekali membiarkan diri terus menerus dipukau nafsu dan syaitan, satu jurus langkah kepada maksiat adalah kunci untuk Syaitan menjerumuskan kepada maksiat yang lebih besar. Apa sahaja perbuatan yang mampu mendorong kepada kehampiran kepada maksiat yang lebih besar mesti disekat segera. Kerana itu Allah swt mengingatkan :-
وَلاَ تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Ertinya : Dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah Syaitan, sesungguhnya dia adalah musuh kamu yang amat jelas ( Al-Baqarah : 168 )
17. Menjaga pemakanan, pastikan makan makan yang halal dan bersih. Makanan haram mendorong kepada syahwat yang lebih liar.
18. Memastikan harta yang perolehan adalah dari sumber halal. Sumber haram menambah perisa syahwat kepada yang lebih kuat dan dahsyat. IBarat mutasi virus yang lebih merbahaya kepada kesihatan.
20. Amalkan puasa sunat, zikir secara berdisplin setiap kali (baca zikir mathurat contohnya) selepas solat dan doa sebanyak mungkin semasa sujud di dalam solat agar diberikan kekuatan untuk mengawal nafsu syahwat.
21. Segara beristighfar dan bertaubat walau belum jatuh dalam maksiat yang berat.
وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدِّتْ لِلْمُتَّقِينَ
Ertinya : dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang terbentang seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang bertaqwa ( Al-Imran )
Demikian beberapa cara, usaha dan kaedah yang mampu saya senaraikan demi membantu sesiapa sahaja untuk mengawal dan mengekang nafsu. Sekali nafsu sudah merasuk hati dan aqal, seseorang individu akan lupa hakikat sebenar dan ditipu oleh kenikmatan sementara. Lupa kepada keburukan kekal yang menanti. Sama-sama kita ingat-mengingati. Akhirnya Allah berfirman :-
قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا * وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا
Ertinya : Telah berjayalah orang yang membersihkan hatinya dan telah rugilah mereka yang mengotorkannya (Al-Shams : 9-10)
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
29 Julai 2009
Tuesday, October 19, 2010
19th october 2010
arini penat sgt... bangun pagi kol 8 pg, siap2 mandi2, pastu tdo balik, letih sgt2 bdn ni... pale lak rase sakit...
exam, exam da dekat sgt... 28 oct ni ade exam maths... cuak.... start esok nak pulun study maths... then chemistry lak.... fuuuhh... hope sgt2 result kali ni ok, hope x fail la... arini nak pulun main chess jap kat chesscube.com...
seronok berbual dengan kawan2... walopon rase tension, tapi hati lega bile luah prob kat kawan2... walopon dorg xde membantu sgt (ye ar, ade la kasi advice kan?) but at least lega la hati bile da cte kat org...
huhu, dengar2 lagu, arini rest kat umah... terponteng class tadi, coz tetido sampai tghari ( seb baik cuti, so x yah solat)
waaaa... k la, arini nak tdo awal, sok nak g class... class maths kul 1 -3 petang...weee~
p/s: sorry la neem tade idea sgt nak tulis pe arini, blog ni baru je nak wat... insya-allah next time neem wat yg menarik dan meriah sikit
exam, exam da dekat sgt... 28 oct ni ade exam maths... cuak.... start esok nak pulun study maths... then chemistry lak.... fuuuhh... hope sgt2 result kali ni ok, hope x fail la... arini nak pulun main chess jap kat chesscube.com...
seronok berbual dengan kawan2... walopon rase tension, tapi hati lega bile luah prob kat kawan2... walopon dorg xde membantu sgt (ye ar, ade la kasi advice kan?) but at least lega la hati bile da cte kat org...
huhu, dengar2 lagu, arini rest kat umah... terponteng class tadi, coz tetido sampai tghari ( seb baik cuti, so x yah solat)
waaaa... k la, arini nak tdo awal, sok nak g class... class maths kul 1 -3 petang...weee~
p/s: sorry la neem tade idea sgt nak tulis pe arini, blog ni baru je nak wat... insya-allah next time neem wat yg menarik dan meriah sikit
Subscribe to:
Comments (Atom)